Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Ahad, 14 Februari 2010
Ron 95 kehabisan di pasaran?
Malam tadi saya hajat mengisi petrol di Stesyen Caltex Bandar Renggam, malangnya semua pam dah kehabisan minyak. Alhamdulillah, rasanya minyak masih cukup sampai Kluang.
Saya sabar saja sebab mungkin esoknya sambutan Tahun Baru Cina jadi orang ramai khususnya masyarakat Tionghua kebanyakkannya mengisi tangki penuh.
Sampai Stesyen Shell depan Plaza Bintang Jaya (bangunan gajah putih di Kluang) tanya kaunter katanya hanya Ron 97 sahaja yang ada, Ron 95 dah habis. Ada seorang melayu yang marah-marah dengan gadis yang jaga kaunter dan tuduh pihak stesyen simpan Ron 95 (tak jual) sebab nak habiskan stok Ron 97 yang tak laku.
Saya mencelah, boleh jadi juga pendapat dia betul, tapi saya cakap memang stesyen lain pun dah kehabisan minyak. Dia kata mana mungkin sebab Malaysia banyak minyak.
Saya cuba buat andaian pendirian dia ni dengan soalan provok, "mungkin minyak nak naik harga lagi tak?" fuh cepat-cepat dia cakap harga minyak dunia sekarang dah turun mana mungkin naik harga, saya jawab minyak dunia memang turun tapi minyak Malaysia yang tak turun-turun malah naik selalu?
Akhirnya dia pun terpaksa isi juga RM 20 Ron 97 dengan muka yang mencuka. Bukan hasrat saya nak menyalahkan sesiapa tapi bab begini mesti salahkan kerajaan BN (Barang Naik) yang mengawal harga dan stok serta ambil tindakan tegas kalau betul pihak pengusaha minyak sembunyikan minyak (dulu istilah komplot sorok) benda yang menjadi keperluan masyarakat khususnya di hari perayaan. Alamak ? Pegawai Kementerian Pengguna Ismail Sabri pun balik kampung cuti raya pulak.
Saya percaya macam tahun-tahun yang lepas, bila cuti perayaan lama, maka bukan setakat minyak kehabisan malah mesin ATM bank pun tak ada duit. Janganlah menyusahkan rakyat lagi dengan beban kenaikan harga barang dan kita mesti bangkit membuat perubahan dalam PRU 13, sanggupkah saudara?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan