Jumaat, 5 Februari 2010

Tak mahu rakyat dapat maklumat sebenar kes DS Anwar














AWAS PENGGODAM/HACKER SEDANG BUAT KERJA

HARAKAHDAILY DISERANG SAMPAI TUTUP - malaysianinsider


Di tengah kehangatan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, server Harakahdaily.net telah diserang dan terpaksa ditutup.

Harakahdaily, iaitu situs berita PAS, mula tidak boleh dimasuki jam 1.30 tengahari tadi. Ia disebabkan oleh serangan di server farm pembekal menyebabkan pembekal terpaksa menutup server itu.

Menurut bahagian teknikal Harakahdaily.net, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikannya dan sasaran 6.00 petang telah diberikan untuk Harakahdaily.net pula.

Yang terakhir, Harakahdaily.net menyiarkan satu analisa tentang perbicaraan Anwar dari Sodomi I hingga kes sekarang.

Penekanan diberikan tentang peranan internet dan blog yg tidak ada semasa Sodomi I dahulu.

TT

nota:
serangan terhadap web dan blog
akan berterusan. ada yang akan dilambatkan.
ada yang akan diserang seperti harakahdaily.
semua ini untuk memastikan berita tidak sampai
kepada warga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan