Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Rabu, 17 Mac 2010
Antara Lotus dan Petronas F1 mana raih pulangan
Malaysia menuju ke arah pasukan yang terkeluar F1?
Heikki Kovalainen, pemandu Lotus F1 menjuarai perlumbaan formula 1 Bahrain yang berlangsung kelmarin. Tak percaya? Cuba baca petikan akhbar di bawah.
“Lotus won the battle of the new teams by virtue of lasting the race, which the cars of virgin and Hispania did not.”
lebih kurang maksudnya
"Lotus memenangi perlumbaan dikalangan pasukan pelumba baru, di mana kereta dari pasukan Virgin dan Hispania tidak berjaya."
Betul tak? Terbaca tulisan di atas, teringat tajuk akhbar tabloid Bahasa Melayu bertarikh 15hb Oktober 2001. Di muka belakang terpampang tajuk “Alex Yoong tawan Litar Suzuka”. Mujurlah jantung masih kuat, kalau tidak mungkin tersadai di ICU.
Begitulah hebatnya wartawan media perdana mencanang berita.
Perlumbaan di Litar Suzuka pada 14hb Oktober 2001 dimenangi oleh Michael Schumacher. Memandangkan ianya kali pertama pelumba F1 Malaysia berjaya menamatkan perlumbaan, maka berpestalah wartawan sehingga lupa hakikat bahawa Alex Yoong sudah ketinggalan 3 pusingan ketika Michael sampai di garis penamat.
kemenangan
Sebenarnya, wartawan Malaysia gembira bukan kerana Alex Yoong menang tapi sebab tidak terbabas seperti yang berlaku di Italy atau mengalami kerosakan seperti di USA. Maka itu, berjaya menamatkan perlumbaan pun sudah dikira sebagai satu kemenangan. Samalah juga dengan apa yang terjadi kelmarin.
‘Fast rewind’ ke tahun 2002. Dalam perlumbaan pembuka tirai di Australia, Alex`Yoong menduduki tempat ke tujuh. Kalau ada peminat F1 yang masih menyimpan rakaman perlumbaan hari itu, tentu dia dapat mengsahkan apa yang ternukil dibawah.
“He can tell his grandchildren that he was once in the top ten” ayat beracun itu keluar dari mulut Martin Brundle, pengulas ITV bersama James Allen. Mereka yang mengerti tentu dapat merasa betapa pedasnya sindiran, lebih pedas dari tergigit cili padi. Martin Brundle, bekas pelumba F1, pernah dua kali memenangi hadiah pengulas sukan permotoran.
Perlumbaan di Australia tahun itu menyaksikan Mark Webber, teman sepasukan Alex Yoong mendapat tempat ke lima. Walaupun perlumbaan itu merupakan yang pertama disertainya, namun dia membuktikan kepada Alex Yoong bahawa bakat adalah aset penting untuk berjaya dalam sukan F1. Alex Yoong mendapat tempat ke tujuh dari lapan buah kereta yang menamatkan perlumbaan.
Tahun 2002, ketika perlumbaan diadakan di Sepang, seorang wartawan tempatan menemubual lagenda F1, Michael Schumacher, “What do you think about Alex Yoong?”.
Tak kan Michael nak jawab “He is hopeless”. Harapan untuk mendengar jawapan, “He will be the next world champion” berkecai apabila Michael menjawab dengan penuh diplomasi, “He is still new”. Andai kata wartawan tersebut dapat membaca fikiran atau suara hati orang yang ditanya, “Why are you asking me such a stupid question?”, mungkin dia terpaksa menelan pil tidur malam itu.
Penglibatan Alex Yoong, ‘lagenda’ F1 negara sudah jadi sejarah. Dia kini jadi anggota terhormat kelompok “F1 rejects”. Mulai tahun ini, Lotus F1 menjadi perhatian. Atau bahan gurauan? Cuba teliti kenyataan yang termuat dalam laman sesawang Ferrari tahun lalu:
bilangan pasukan
“We will now have Manor, Lotus, USF1 and Campos Meta. Can we claim that it’s a case of like for like, just because the numbers sitting around the table are the same? Hardly and we must also wait and see just how many of them will really be there on the grid for the first race of next season in Bahrain and how many will still be there at the end of 2010?”.
terjemahannya
"Kita sekarang akan mempunyai Pasukan Manor, Lotus, Meta USF1 dan Campos. Bolehkah kita mendakwa bahawa itu adalah perlumbaan seperti yang lalu, hanya kerana bilangan pasukan yang duduk bertanding adalah jumlahnya sama? Hampir tidak dan kita juga harus menunggu dan melihat seberapa banyak dari mereka akan benar-benar berada di sana pada perlumbaan di trek pertama musim depan di Bahrain dan berapa banyak akan kekal dan tetap ada pada penghujung tahun 2010? ".
terbukti
Sebahagian keraguan Ferrari sudah terbukti menjadi kenyataan. Manor, USF1 dan Campos Meta tidak kelihatan di Bahrain. Bidan terjun ‘Virgin dan Hispania’ mengambil alih. Dari tiga buah pasukan baru, yang mana akan menjadi mangsa keadaan? Dapatkah ketiga-tiga pasukan bertahan dan hadir di litar Abu Dhabi untuk menyertai perlumbaan terakhir pada 14 Oktober nanti?
‘Hispania’ mungkin berkubur sebelum musim berakhir dan mungkin juga ‘Virgin’. Bagaimana dengan Lotus F1? Carilah jawapannya dari maksud yang tersirat dalam kenyataan di bawah?
disokong oleh kerajaan
“The creation of the Malaysia-backed team had been announced by Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak who’d said that it would be a government-backed venture.” “It would be a government-backed venture” kalau diterjemah berbunyi “Ia disokong oleh kerajaan”. Sokong macam mana?
Hassan Marican
Lembu susu bergelar Petronas enggan dicucuk hidung. Dari membazir duit menaja pasukan corot ‘back marker’, ia memilih untuk menyusukan pasukan yang boleh diharap memberi pulangan. Kebijaksanaan ’sapi’ bernama Hassan Merican, yang sudah dikorbankan, terbukti malam kelmarin apabila kamera TV banyak memfokuskan kepada kereta yang mempamer perkataan ‘Petronas Malaysia’ dibanding dengan kereta yang membawa slogan tin kosong ‘1 Malaysia’.
Tanpa Petronas sebagai penaja utama, lama manakah Lotus F1 boleh bertahan? Kalau berlarutan seperti apa yang dilihat hujung minggu di Bahrain, apakah masih ada penaja yang sanggup melabur tanpa pulangan?
Lotus F1 tidak akan gulung tikar dalam masa terdekat. Walaupun sesak nafas, ia masih boleh meminta talian hayat dari Robin Hood – penyamun akhir zaman. Cukai kad kredit, cukai GST ditambah dengan lebihan hasil pemotongan peruntukan kesihatan dan pertahanan sudah lebih dari mencukupi untuk menyusukan anak angkat bergelar Lotus bin BN dengan bersyarat.
Lotus F1 wajib mempamer hasil kreativiti penghulu sumpah wal jamaah - slogan keramat “1 Malaysia”.
sumber : (http://utuhpaloi.xbrain.biz)
baca komen pembaca:
kata lepat...
Memang manor dan campos takder kat bahrain sebab manor tukar jadi virgin, campos jadi Hispania Racing. Masih awal untuk menentukan hala tuju lotus f1. Macam bayi baru lahir takkan hari pertama dah boleh berjalan?
Lotus team yg ditubuhkan 6 bulan lepas dan dalam masa tersebut they had proven that they can compete in F1. Dikatakan akan ada car modification menjelang Spain GP. Kita bagi masa sikit untuk Lotus F1.. kalau selepas 1 tahun takat nak bangga dapat habiskan race baru kita start bantai..
Masa Alex Yoong memula masuk pun semua bangga tapi bila duk ulang driving yg sama semua menyampah.. diharapkan lotus akan berusa mendapatkan point selepas ini.. soal govt backed team.. dari dulu media luar duk cakap lotus is backed by m'sia govt.. ini govt kena perjelaskan... sidang parlimen kan skrang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan