Kumpulan pemisah Chechen nafi dalang letupan
ISTANBUL: Sebuah kumpulan pemisah militan diketuai penentang Chechen menafikan bertanggungjawab ke atas pengeboman yang mengorbankan 39 orang di dua stesen kereta api metro Isnin lalu.
“Kami tidak melakukan serangan itu di Moscow, dan kami tidak tahu siapa melakukannya,” kata Shemsettin Batukaev, jurucakap bagi pertubuhan emiriah Caucasus melalui telefon di Turki.
memang merancang tapi bukan terhadap orang awam
Jurucakap itu berkata kumpulan berkenaan memang merancang serangan ke atas sasaran ekonomi di Russia, tetapi bukan terhadap orang awam. Ketuanya, Doku Umarov, bulan lalu berikrar akan memperluaskan pemberontakan ke kawasan di Russia.- Reuters/AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan