Rabu, 17 Mac 2010

Non Muslim pun sanggup mati perjuangkan PAS!!!




Kelihatan Dr Mujahid bersama keluarga mendiang dan anggota unit amal mengusung keranda. Muslimat turut serta menenangkan keluarga mendiang daripada kesedihan akibat kematian Siva

Siva : Saya sanggup mati mempertahankan perjuangan PAS

Langkap,
17 Mac, 2010 : Tengahari tadi, beberapa ahli parlimen PAS terdiri daripada Dr Mujahid (gambar), Nasir Zakaria Ahli Parlimen Padang Terap, Kedah, Dato’ Wan Abd Rahim, Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan, Ust Mohd Nasir, Khairul Faizi, LPN DPP Pusat bersama beberapa Pemimpin PAS Perak dan ahli Kelab Penyokong PAS Perak telah datang berkumpul di rumah mendiang Siva (34 tahun), yang mati ditembak oleh dua orang yang tidak dikenali petang kelmarin.

“Berita kematian Siva ditembak kami terima semasa kami di Parlimen kelmarin dan pada tengahari ini, kami dari ahli parlimen PAS datang sebagai menunjukan solidariti kami dan kesedihan kami diatas pemergian saudara Siva, seoprang yang cukup aktif dan komited dengan perjuangan parti,” jelas Dr Mujahid yang mewakili Lujnah Perpaduan Nasional dan PAS Pusat.

sanggup mati

“Mendiang pernah berkata , bahawa dia sanggup mati kerana mempertahankan PAS.Ini adalah kenyataan, dimana mendiang tidak pernah ketinggalan menyertai mana-mana demonstrasi , baik di Kuala Lumpur atau di Perak, katanya lagi.

“Malah, kata Mujahid, mendiang sedang berusaha untuk menubuhkan PASTI untuk kaum India.”

Dr Mujahid turut mengangkat keranda Siva yang baru sampai

Mujahid menyifatkan pemergian saudara Siva itu sebagai satu kehilangan yang besar , khususnya bagi Kelab Penyokong PAS.

PAS Pusat telah dimaklumkan dimana Tuan Guru Nik Aziz dan juga Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang telah mengucapkan takziah diatas pemergian mendiang Siva atau nama sebenarnya Panthiyan a/l Patchamuthu.

Ahli-ahli PAS ramai yang turut hadir sebagai menunjukan rasa sedih dan simpati mereka diatas tragedi yang berlaku petang kelmarin itu.Mendiang meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

Mujahid juga menjelaskan bahawa PAS Pusat akan memberikan sedikait bantuan sebagai sumbangan kebajikan kepada keluarga mendiang Siva.

Catatan Oleh alhusseyn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan