Ekonomi pulih, apa salah tolong rakyat
Sofi Wahab - Harakahdaily
Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan seringkali mendakwa ekonomi Malaysia telah pulih dan meningkat.
Kerajaan mengumumkan bahawa keluaran Dalam Negara Kasar suku keempat tahun 2009 mencatat pertumbuhan positif sebanyak 4.5 peratus, iaitu lebih baik daripada unjuran 3 peratus. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia.
Jadi jika benar ekonomi kita semakin baik maka saya amat mengharapkan kerajaan dapat mengembalikan pulangan dari peningkatan ekonomi ini kepada rakyat dengan tidak menaikkan :-
1) Harga Minyak
2) Tarif elektrik
3) Tambang Bas
4) Harga barangan
5) Cukai (tidak mempekenalkan GST sampai bila-bila pun)
6) Bayaran perkhidmatan dan utilitiContohilah kerajaan Selangor yang memperuntukkan RM56 juta bagi pelaksanaan program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” (MES) fasa 1 yang bermula tahun lepas.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim baru-baru ini berkata, peruntukan itu disediakan untuk membiayai tujuh program teras di bawah MES ini.
Tujuh projek itu adalah Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Program Bekalan Air Percuma sebanyak 20 meter padu, Program Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas, Program Meningkatkan Hasil Batuan dan Mineral, program Pusat Khidmat Krisis Sehenti dan Program Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang.
Saya yakin kerajaan pusat sudah tentu berupaya melakukan pelbagai projek kebajikan yang baik kerana dana kerajaan pusat lebih banyak. Namun begitu kita semua kesal kerana kerajaan lebih suka menjalankan projek-projek mega yang tidak memberikan banyak faedah kepada rakyat.
Selain itu kerajaan juga kerap kali dilihat lebih mesra kroni dan korporat berbanding dengan projek mesra rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan