Selasa, 9 Mac 2010

Kelebihan Ajaran Nabi Muhammad SAW berbanding


Simpang Renggam, pada 28 Februari 2010 yang lalu saya sempat mendengar ceramah Dr Badrul Amin sempena Maulid Rasul SAW PAS Kawasan Simpang Renggam, alhamdulillah kehadiran ramai dan acaranya menarik kerana sebelum ceramah ada bacaan rawi berzanji dan marhaban. Orang Johor memang minat berzanji ni dan macam tak seronok kalau tak baca walaupun bukan sunat pun apatah lagi bukan wajib.

Dr Badrul Amin bersyukur kerana nama beliau Badrul adalah bulan purnama seperti gelaran Nabi SAW dan lambang PAS manakala Amin pula bersesuaian dengan sifat Amanah Nabi SAW.

Dengan tercetusnya isu Kalimah Allah yang mungkin masyarakat melayu islam jadi emosi dengan kristian tetapi sebenarnya ia menjadi satu peluang untuk para ulama kita menyampaikan dakwah kepada non muslim. Banyak ruang seperti dialog dan forum telah diadakan dan buat julung kali ramai ustaz dipanggil masuk sampai ke gereja untuk menyampaikan pandangan mengenai Islam.

Kelebihan ajaran Nabi Muhammad SAW ialah baginda pernah berkahwin dan berkeluarga, Nabi Isa AS tidak sempat berwalimah, jadi tak hairan tiada bab perkahwinan atau munakahat dalam kitab dan ajaran kristian.

Itu baru bab kahwin, Nabi SAW juga ada empayar perniagaan bersama Khadijah ra, Nabi SAW juga memimpin angkatan perang jihad sabilillah dan berjaya membentuk Kerajaan Islam yang berwibawa di Madinah... semua contoh dari sirah nabi ini tidak dilalui oleh Nabi Isa as atau Jesus dalam kristian.

Apabila mendengar hujah ini semua paderi tunduk dan bersetuju dengan kebenaran bahawa Islam adalah Agama adalah lengkap dan menyeluruh. Takbir!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan