Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Khamis, 11 Mac 2010
Kesian Mazlan dipakaikan baju lokap
Foto Mazlan Aliman dengan pakaian lokap polis, buat Kak Jah (isteri Mazlan) sekeluarga, moga bersabar dan tabah atas ujian
Mazlan ditahan reman hingga esok
Basiron & Hashim Abdullah - Harakahdaily
TEMERLOH, 10 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ditahan satu hari atas untuk siasatan kerana dakwaan menceroboh Felda Lembah Klau.
Difahamkan Mazlan membuat lawatan ke Felda berkenaan untuk menziarahi tiga peneroka yang ditahan polis sebelum ini atas dakwaan menceroboh kawasan Empangan Krau serta mengadakan dialog dengan generasi kedua di Felda berkenaan.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang semalam ketika membuat laporan polis berikutan tindakan pengurusan Felda bekenaan yang cuba menahannya.
Pagi tadi, Mazlan dibawa ke Mahkamah Majistret di hadapan Siti Hajar Mustaffa untuk proses tahanan reman.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani kelihatan turut berada di mahkamah bagi memberikan sokongan kepada Mazlan.
Yang Dipetua PAS Kawasan Raub, Dr Mohd Nilam Manaf ketika dihubungi mengesahkan Mazlan ditahan selama satu hari untuk siasatan dan esok sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah yang sama.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Roslan Zainal menyeru penyokong Pakatan Rakyat terutamanya ahli PAS hadir beramai-ramai di mahkamah pagi esok bagi memberikan sokongan kepada Mazlan.
allahu akbar!
BalasPadamMazlan dan ANAK sedang menuju ke arah kejayaan.
BalasPadamTakbir!!!
sesungguhnya berjuang itu penuh likunya,terlalu byk tribulasi yg perlu ditempuhi.hanya jiwa yg merdeka shj dpt menghadapinya.hidup sebuah perjuangan! lawan tetap lawan!
BalasPadam