Terengganu asyik runtuh saja, siapa kontraktornya, dulu masa stadium runtuhpun tak ada kontraktor yang ditangkap! balik-balik salahkan pekerja binaan...orang bawahan dan golongan marhaen juga yang jadi kambing hitam, bosan!
Khairul Azlam
KUALA TERENGGANU, 29 Mac: Perancah besi bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang masih dalam pembinaan runtuh pada jam 5.15 petang tadi menyebabkan seorang pekerja maut dan empat cedera.
Ketika kejadian, lapan pekerja asing yang dipercayai warga Bangladesh sedang melakukan kerja di tingkat empat bangunan itu di mana penghubung besi dan perancah runtuh mengakibatkan seorang pekerja tertimbus dalam konkrit manakala seorang lagi tersepit di celah penahan besi.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira sejam 20 minit untuk mengeluarkan pekerja yang tersepit itu dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Mengulas kejadian itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, ia berlaku kerana kecuain pekerja.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
-
RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT
DI BALIKHALAS
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan