Esok tarikh akhir majikan serah penyata kepada LHDN
KUALA LUMPUR- Esok merupakan tarikh akhir bagi majikan menyerahkan penyata atau Borang E tahun 2009 kepada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN).
LHDN mengingatkan majikan yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Cukai Pendapatan dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Sehubungan itu, LHDN menggesa semua majikan supaya mengemukakan borang E2009 dalam tempoh yang ditetapkan atau menggunakan perkhidmatan e-Filing yang lebih mudah, tepat dan selamat, kata LHDN dalam kenyataan di sini, hari ini.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan menelefon pusat khidmat pelanggan di talian 1-300-88-3010. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan