Skim bayar penuh hospital dibantah
oleh : S Pathmawathi & Christine Chan
Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (SPPBP) sekali lagi mendapat tamparan apabila dibantah aktivis anti penswastaan hospital dan pemimpin PSM yang mengadakan demonstrasi di empat hospital awam di seluruh negara.
Sekumpulan kecil NGO tersebut - dikenali sebagai Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK) - mengadakan piket di Hospital Serdang dan Sungai Buloh.
Bantahan yang sama turut berlangsung serentak di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah, dan Hospital Sultan Ismail, di Pandan, Johor.
Di Sungai Buloh, ADUN Kota Damansara Dr Mohd Nasir Hasim memimpin kumpulan tersebut bagi membantah skim yang diperkenalkan kerajaan pada tahun 2007.
Menurut beliau, SPPBP yang dimulakan di Hospital Selayang telah menjejaskan kedua-dua pihak, doktor dan pesakit.
“Pakar lebih tekun menghabiskan masa dan tenaga merawat pesakit swasta dan mengabaikan tanggungjawab mereka untuk pesakit yang membayar lebih sedikit.
"Sesetengah pakar dibayar mengikut penyertaan mereka dalam skim SPPBP,” dakwanya.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
-
RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT
DI BALIKHALAS
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan