Calon MIC menang disebabkan oleh undi melayu? berdasarkan keputusan PRK Hulu Selangor bahawa kaum india telah kembali balik menyokong MIC sebagaimana PRU 2004. Logik sebab calon dari kalangan kaum mereka dan menganut agama Hindu.
Lain pula kaum cina, walaupuun Tun Mahathir datang kempen supaya orang cina sokong kepada BN, terbukti orang Tionghua ini tetap bersama Pakatan. Tahniah jentera DAP kerana berjaya mengekalkan sokongan padu ini dan terbukti MCA dengan presiden barunya gagal.
Melayu yang terus menyokong calon india berbanding calon Islam merangkap melayu yang layak dan berpendidikan tinggi dengan pengalaman jadi menteri dalam kerajaan dan firma guaman yang tersohor ditolak pula oleh pengundi melayu...pelik bin ajaib.
Kenapa melayu suka sangat dengan wakil rakyat India dan Hindu ni... apakah sebab peneroka dapat RM1000 tunai dari PM Najib terus tukar pendirian, atau apakah disebabkan oleh 13 000 pengundi yang ditukarkan tempat mengundi atau 200 pemilih yang terus tak dapat mengundi kerana ditukar ke perlimen sebelah?
PM Najib pun dah habiskan RM 40 juta untuk PRK Hulu Selangor ni, masjid dan surau tempat petugas Pakatan khususnya petugas PAS yang bermusafir pun dah tak boleh guna sebab Kusrin Munawi pengarah Jais melarang masjid digunakan kononnya atas arahan as Sultan Selangor. Tak habis-habis Umno seret Sultan dan raja untuk mengikut kehendak mereka. Barang siapa yang guna masjid, FRU dah menunggu depan pagar...
Bas membawa pengundi hantu sekarang bukan pakai bas sekolah tapi bas ekspress, penumpang diturunkan kemudian naik teksi pagi-pagi ke tempat mengundi...sebab itu banyak teksi 1Malaysia parkir di pekan KKB.
Bab dalaman pula apakah jentera Pakatan tak lancar, kesan dari YB PKR lompat parti atau kerja sambil lewa, tak turun bertugas bersama-sama malah seronok duduk saja di rumah, langsung tak ada rasa bersalah, biar nak kalah ke, nak menang ke terserah? kurang meminta pertolongan dengan Allah SWT, asyik-asyik orang PAS sahaja yang buat solat hajat dan tahajjud, wirid dan zikir serta selawat macam malas nak di ucapkan oleh petugas kita malah banyak yang terpengaruh dengan provok pemuda umno mengutuk dan mengejek tapi tak buat kerja merayu pengundi? dan banyak perkara perlu dimuhasabah.
Sedih dan sayu, ana meninggalkan KKB dengan gundah dan kalau beginilah orang melayu di Hulu Selangor, negeri di bawah Pakatan, lebih kurang sama sajalah di Sembrong, tempat tinggal ana di negeri Johor Darul Umno di mana pecahan kaumnya pun lebih kurang sama dengan MIC menang bertanding diperingkat Dun pada PRU 2008 yang majoritinya adalah pengundi melayu.
Di parlimen walaupun Umno boleh berbangga kerana kerusi BN bertambah tetapi hakikatnya ialah kerusi MIC yang menokok, kerusi Melayu/Islam berkurang...sedarkah saudaraku? - Hamdan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan