Jumaat, 9 April 2010

Bantuan Allah kepada Gaza, Laknat Allah kepada sekutu Yahudi

Syukur Alhamdulillah. Walaupun Gaza dikepung dari selatan, utara, timur dan barat, kerajaan HAMAS berjaya mentadbir Gaza dengan baik. Malahan, setengah-setengah penganalisa menyatakan Gaza ditabir lebih baik dari Tebing Barat (yang dibawah pentadbiran kerajaan munafik Fatah dan Mahmoud Abbas).

Segala keperluan Gaza berjaya dibawa masuk dan keluar melalui ribuan terowong bawah tanah yang dibina oleh ahli-ahli Gaza dengan bantuan Hamas.

The Economist melaporkan:

Yet some economists say the strip is growing faster than the West Bank run by Hamas’s rival Palestinian Authority (PA), albeit from a far lower base. The petrol pumped into Gaza by underground pipes and hoses from Egypt costs a third of what it does in Ramallah, the Palestinians’ West Bank capital, where Israel supplies it. Free health care is more widely available in Gaza. Imports travel faster through the tunnels than via Israel’s thickets of bureaucracy. The web of Israeli checkpoints that still impedes Palestinian movements and commerce on the West Bank is absent in Gaza.

(Terjemahan: Sesetengah pakar ekonomi mengatakan Gaza sedang membangun dengan lebih pesat berbanding Tebing Barat yang ditadbir Palestinian Authority, walaupun dari dasar yang lebih bawah. Petrol di Gaza yand bersumber dari paip dan getah paip dari Mesir berharga 1/3 dari petrol di Ramallah. Perubatan percuma juga lebih meluas di Gaza (berbanding Tebing Barat). Import lebih cepat melalui terowong berbanding melalui birokrasi Israel. Pos-pos pemeriksaan Israel yang merata di Tebing Barat yang melambatkan pergerakan rakyat Palestin serta perniagaan tidak langsung dilihat di Gaza)

Ini menandakan bantuan Allah SWT turun mencurah-curah kepada mereka yang secara jelas menentang Yahudi Israel yang zalim serta memusuhi Allah SWT.

Malangnnya, kerajaan Malaysia dibawah Barisan Nasional dan Najib Tun Razak lebih suka menjalin hubungan dengan syarikat-syarikat pro Israel seperti APCO dari bertindak membantu Hamas dan Palestin.

Mari kita berdoa tidak berlaku apa-apa sabotaj dari dalam seperti yang dilaporkan dalam artikel ini. Semoga kerajaan Hamas di Gaza akan menjadi idaman semua rakyat Palestine.

TB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan