Simpang Rengggam : 27 April 2010, Kantin madrasah Al-Masriyah Simpang Renggam telah diarahkan tutup oleh pejabat kesihatan atas alasan ada seorang pelajar yang dimasukkan wad hospital.
Menurut mudirnya, Ustaz Abdullah Husin, tidak pernah dalam sejarah setakat ini ada kes membabitkan keracunan makanan di madrasah ini, setakat demam dan pening tu biasalah. Tegasnya, pelajar itu pun sekarang sihat walafiat.
Akibat dari tindakan pihak berkuasa maka kantin merangkap dewan makan itu terpaksa dirobohkan dan proses penyediaan makan pelajar dipindahkan ke rumah mudir bersebelahan dengan rumah Ustaz Ahmad Selamat Jono yang mengambil kontrak memasak bersama isteri beliau.
Ana sempat ziarah ke Masriyah dan melihat sendiri sesi sarapan pagi, turut serta mahasiswa yang ada program tamrin di madrasah ini. Keadaannya sungguh menghibakan, makan tanpa bangunan kantin dan sekelilingnya terdapat longgokan bahan binaan untuk kerja-kerja memperbaiki kantin.
mohon dana
Kantin yang lama telah dirobohkan dan digantikan dengan yang baru, ianya pasti memerlukan dana yang banyak, rayuan kepada semua dermawan dan yang simpati, agar dapat menghulurkan bantuan segera seikhlasnya kepada Mudir Madrasah Al Masriyah.
Telah dikhabarkan kepada ana, Maahad Tahfidz Dato Mahfodz di Kundang Ulu, Muar pun dikenakan tindakan yang sama, apakah ini kebetulan atau disengajakan? nak banding kantin Al-Masriyah yang uzur dengan kantin Madrasah Dato Mahfodz punya, tentu jauh bezanya kerana bagunan kantinnya sempurna dan bersih. Kesnya juga sama, seorang pelajar masuk hospital...akhirnya arahan tutup kantin? Misteri? lepas ni madrasah dan SAR mana pula jadi sasaran? - Hamdan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan