Selasa, 13 April 2010

Dr Pornthip yang terima tekanan pulak yang kena beri bukti

Sepatutnya sesiapa yang menekan itu yang mesti didakwa...

Hishammuddin mahu Dr Pornthip bukti dakwaan

KUALA LUMPUR
: Pakar patalogi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, diminta membuktikan dakwaan kononnya beliau telah menerima tekanan dan bimbang dengan keselamatan dirinya sehingga menarik diri daripada memberi keterangan pada inkues kematian Teoh Beng Hock.

"Saya menggesa supaya Dr Pornthip memberikan lebih banyak maklumat dalam kedua-dua dakwaan supaya kita boleh jalankan penyiasatan secara menyeluruh kerana tiada apa yang hendak saya sembunyikan," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di lobi Parlimen di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan itu. Beliau juga mengarahkan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen memberikan laporan lengkap berhubung dakwaan berkenaan - bHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan