James Bond bukan lagi contoh perisik
LONDON: “Dikehendaki: individu tidak menarik, tinggi 1.57 hingga 1.58 meter, mempunyai pendengaran baik, mampu berdiri tegak untuk tempoh lama dalam cuaca paling sejuk dan panas. Calon yang berminat juga mesti mempunyai minat bersembunyi di balik pokok di taman bunga dan mesti bencikan janggut serta misai palsu.”
Iklan ini seolah-olah menawarkan pekerjaan kepada pengkaji burung, tetapi ia sebenarnya adalah ciri individu yang dicari agensi perisikan dan keselamatan Britain (MI5) bagi menyandang jawatan pegawai perisikan dengan tugas menjejaki pengintip luar negara dan mereka yang disyaki menjadi pengkhianat di bandaraya di sekitar Britain.
Satu fail rahsia memperincikan kegiatan seksyen B6 bagi tugasan luar MI5 iaitu mengesan sebarang ancaman terhadap keselamatan negara, mencatatkan kesukaran yang dihadapi agensi itu dalam usahanya mencari calon yang benar-benar sesuai.
Dokumen yang disiarkan Arkib Negara di Kew Barat London, mendedahkan cabaran yang dihadapi perkhidmatan itu apabila ia menerima beribu-ribu permohonan. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan