Rabu, 7 April 2010

Kalau militan walaupun tak ada bukti tatap masuk ISA

konon bagitahu rakyat jemaah ni mengancam keselamatan nagara,

tak ada bukti pun sampai sekarang

apa sebab mereka di tahan?

tak pun dibicarakan di mana-mana mahkamah,

Musa cabar Anwar tunjuk bukti - Sinar

KUALA LUMPUR
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, semalam mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaannya ada ejen Israel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dedahkanlah bukti tentang perkara terbabit, supaya senang kami buat siasatan sebab kita tidak boleh melakukan sesuatu penyiasatan tanpa sebarang bukti atau maklumat,” katanya, semalam.

Musa, yang enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut berkata, polis akan membuka kertas siasatan sebaik sahaja mendapat maklumat lengkap daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Adalah penting untuk kita mendapat segala maklumat terlebih dahulu sebelum kertas siasatan dibuka, kalau tidak macam mana kami nak siasat,” katanya.

Terdahulu Anwar, semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rak-yat, semalam, mendakwa antara lain pembabitan ejen Isreal itu adalah menerusi sebuah syarikat yang diberi subkontrak untuk menaik taraf sistem komunikasi PDRM.

Anwar mendakwa, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman, malah beliau turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

“Ini membuktikan maklumat negara telah pun dijual kepada ejen asing dan menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

“Saya mahu mendedahkan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat itu milik penuh Asiasoft Pte. Ltd berpengkalan di Singapura,” katanya di lobi Parlimen semalam.

Anwar berkata, nilai penuh tender yang diberi kerajaan Malaysia RM1 bilion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Dalam perkembangan sama, pada 25 November 2008 lalu, Menteri Dalam Negeri ketika itu diberi taklimat di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 4 petang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh polis khususnya jabatan logistik dam cawangan khas.

“Satu laporan polis dibuat antara November dan Disember tahun sama, oleh pegawai polis yang bertanggungjawab dan laporan tersebut disiasat oleh pegawai berpangkat Asisten Superintendan yang dikenali Sairah.

"Bagaimanapun pegawai berkenaan dipindahkan ke Taiping dan tiada maklumat selepas itu,” katanya.

Anwar berkata, kecurigaan timbul berikutan ‘individu’ yang membina sistem itu dikenal pasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai pengatur cara (programer) semasa di Israel yang bernama Izhak David Naskar juga warganegara Israel.

“Izhak adalah ‘pakar’ sistem komputer yang memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel dan bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

“Pegawai tentera berkenaan dibantu individu lain bagi membina sistem komunikasi yang dikenali Ido Sccheschter," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan