Aziz Jamaludin YPD Yadim baru mampu mantapkan Yadim
KUALA LUMPUR 12 April - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pelantikan Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang baru adalah berdasarkan latar belakang pendidikan agama dan pengalaman beliau dalam kerajaan.
Beliau berkata, dengan pengalaman yang ada, Aziz Jamaludin yang berkelulusan Universiti Al-Azhar dan seorang peguam syarie mampu memainkan peranan untuk memperkasakan Yadim dalam menerajui program-program keagamaan di negara ini.
"Beliau dapat memantapkan kepimpinan Yadim kerana pengalamannya yang begitu panjang dalam pentadbiran agama termasuk sebagai kadi dan pegawai agama serta berkhidmat di bahagian pendidikan Jabatan Pelajaran dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dan penerimaan tugas Yang Dipertua Yadim di sini hari ini.
Aziz Jamaludin, 56, menggantikan Datuk Nakhaie Ahmad yang tamat tempoh perkhidmatan pada Oktober lepas. Tugas itu kemudian dipangku oleh Jamil Khir. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan