Khamis, 15 April 2010

Permata jangan berhelah bila budak mati tertelan bebola ikan

Permata dapat peruntukan laba besar

kenapa tak jaga kualiti perkhidmatan

jangan main cincai saja, sebab ini melibatkan kes kematian kanak-kanak asuhan

lepas ni ibu bapa tak payah hantar anak ke permata, hantar saja ke PASTI lagi baik dan terbukti lebih 25 tahun mendidik generasi pra sekolah


Permata perlu fokus kemahiran asas pengasuh

Harakahdaily

KUALA LUMPUR,
15 April: Permata serta badan kerajaan yang terlibat tidak sekadar memfokus kepada penjenamaan semula pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia tetapi turut memberi perhatian kepada aspek kemahiran asas pengasuh terutamanya dalam bantuan kecemasan agar berupaya melindungi keselamatan kanak-kanak.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) berharap dengan perbelanjaan tambahan sebanyak RM2.1 bilion yang baru diluluskan oleh kerajaan untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, maka kerajaan tidak mempunyai sebarang alasan untuk menangani isu ini secara menyeluruh.

Ini, katanya amat kritikal dan penting ke arah memastikan kejadian yang menyedihkan di mana seorang kanak-kanak mati kerana tertelan bebola ikan di taman asuhan kanak-kanak di Tampin, Negeri Sembilan, kelmarin tidak akan berulang lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan