Selasa, 13 April 2010

Premis kosong mesti dimanfaatkan untuk semua

Bangunan terbiar: Kerajaan kaji cadangan Dr Mujahid

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR
, 12 April: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan berkata, pihaknya akan mengkaji cadangan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) supaya bangunan-bangunan yang terbiar dimanfaatkan sebagai pusat komuniti.

Dr Mujahid (gambar) sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini mencadangkan agar bangunan-bangunan yang terbiar dan tiada pemilik dimanfaatkan sebagai pusat komuniti untuk tujuan aktiviti sosial melibatkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.

Katanya, untuk tujuan itu kerajaan harus mengadakan satu data bagi membolehkan bangunan-bangunan terbiar ini dikategorikan supaya kebolehgunaan bangunan ini dapat dimaksimumkan - Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan