Penduduk daerah Kluang mula terima bekalan air
JOHOR BAHRU: Penduduk di daerah Kluang mula menerima bekalan air secara normal berkuat kuasa serta merta selepas bekalan air berjadual kepada mereka sebelum ini ditamatkan.
Ketua Komunikasi Korporat SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJH), Jamaluddin Jamil (kanan), berkata keadaan hujan yang berlarutan sejak akhir ini sekali gus menunjukkan peningkatan positif air di Sungai Sembrong dan empangan Sembrong Barat.
“Begitupun, jika cuaca kembali panas dan menyebabkan penurunan berterusan pada paras air di sungai dan empangan, kami akan memaklumkan kepada pengguna bagi bekalan air berjadual dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sehubungan itu, SAJH menasihati pengguna khususnya di Kluang menggunakan air secara berhemah dan sebarang masalah boleh menghubungi Pusat Info SAJ menerusi talian mesra 1800 88 7474 atau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi 019-7727474 atau menerusi e-mel di customer.care@saj.com.my.- bHarian
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
-
RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT
DI BALIKHALAS
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan