Khamis, 8 April 2010

Tikus mondok ancam penduduk

MPK operasi basmi haiwan perosak daripada membiak

bHarian

KUANTAN:
Kehadiran tikus mondok yang mendatangkan masalah kepada warga bandar ini memaksa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memikirkan pelbagai kaedah bagi memastikan haiwan perosak itu tidak terus membiak sehingga mengancam kesihatan penduduk.

Selain menggunakan racun, usaha menghapuskan tikus mondok atau nama saintifiknya leopoldamis sabanus menggunakan asap, perangkap dan memburu menggunakan penyauk turut dilakukan Unit Vektor MPK.

Selepas menggunakan pelbagai cara, kaedah konvensional seperti memburu menggunakan penyauk pada waktu malam oleh kakitangan unit berkenaan dianggap paling berkesan selain mampu menjimatkan kos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan