NGO wanita desak Bung Moktar letak jawatan | |||
|
"Bung Moktar perlu meletak jawatan, dan tidak sepatutnya mewakili rakyat Malaysia lagi.
"Itu langkah terbaik," katanya ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.
Katanya lagi, poligami tanpa kebenaran juga merupakan satu bentuk penghinaan kepada golongan wanita.
Tambahnya, Bung Moktar juga mempunyai reputasi tidak baik kerana sering menjadikan golongan wanita sebagai sasaran dalam ucapannya di Dewan Rakyat.
Bung Moktar sebelum ini mengaku bersalah kerana mengahwini isteri keduanya Zizie Ezette A Samad tanpa kebenaran mahkamah pada Disember 2009.
Esok, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur akan menetapkan hukuman kepada kedua-dua mereka dan saksi-saksi.
"Tidak. Bukan disebabkan dendam. Kami sudah lama memerhatikan (gelagat beliau). Kami pantau (kenyataan-kenyataan) dia," kata Maria ketika ditanya mengenainya.
Bung Moktar yang memakai sut berwarna perak dan baju berwarna ungu ke mahkamah hari ini bagaimanapun kelihatan tidak endah dengan kehadiran kira-kira 10 orang aktivis JAG di situ.
Beliau juga sekadar ketawa kecil selepas meneliti kenyataan akhbar oleh JAG, yang diedarkan kepada wartawan sebelum itu.
Ketika ditanya Malaysiakini, Bung Muktar berkata beliau tidak melanggar peraturan.
"Saya sememangnya seorang pembuat undang-undang, bukannya (seorang yang) melanggar undang-undang," katanya.
Tambahnya, beliau tidak perlu memberi reaksi kepada kenyataan kumpulan wanita tersebut."Jika mereka inginkan jawapan, mereka perlu tanya di Dewan Rakyat. Saya tidak perlu jawab kepada mereka di sini," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan