Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Khamis, 6 Mei 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

Silap ejaan: Program hargai warga emas dibatalkan

Susan Loone

Majlis
pelancaran 30,000 risalah dan "bunting" untuk menghebahkan Program Penghargaan Warga Emas oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang dijadualkan hari ini, dibatalkan selepas berlaku kesilapan ejaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengarahkan pembatalan program berkenaan selepas ditegur beberapa wartawan yang menyedari kesilapan itu.

Antaranya ejaan ”kearaajaan” (sepatutnya dieja kerajaan) dan penghinaaan (penghinaan).

Selain itu terdapat juga kesilapan tatabahasa dalam risalah berbahasa Inggeris iaitu “A Sincere contribution from the people PR Goverment” (sepatutnya People ditulis People's).

Lim yang terkejut dengan perkara itu, berkata kesilapan itu tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya berlaku.

"Kami tidak akan gunakannya. Majlis pelancaran tadi dibatalkan dan digantikan kepada sidang media saja,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Pelancaran risalah dan sepanduk untuk menyebarkan Program Penghargaan Warga Emas itu sepatutnya diadakan di bilik mesyuarat bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada jam 12.30 tengah hari ini.

Risalah itu dicetak dalam empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil dan Inggeris.

Risalah dan sepanduk berkenaan akan diletakkan di tempat umum dan pusat khidmat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat, bertujuan menguar-uarkan program berkenaan, iaitu pemberian RM100 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas serta berdaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang pada setiap tahun.

Walaupun beberapa pihak, khususnya Barisan Nasional yang mengkrtitik program itu sebagai gimik dan memalukan, namun kerajaan negeri menegaskan bahawa ia sebagai tanda penghargaan kepada warga emas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch