Isnin, 17 Mei 2010

Jawablah salam walau dari seorang kuli

salam tak bersambut


Apabila membaca blog sahabat abah, Cikgu Achutra yang bertajuk ‘Adakah anda suka ber FB?’.. tergerak abah untuk berkongsi cerita ini.

Abah juga ada membuka akaun FB atas ajakan kekawan. Tujuannya tidak lain, untuk mencari kawan-kawan lama la konon. Tidak lebih dari itu.

Bila disenarai dan dihimpun-himpun kawan kampung, kawan bandar, kawan sekolah dan kawan sekerja dahulu, abah memang ramai kawan.

Setahu abah ramai yang dah berjaya. Ada yang dah bergelar yang berhormat, pensyarah, doktor, peguam, guru besar, pengurus bank, pengurus hotel, wartawan... berpangkat datuk, datin dan sebagainya. Tidak kurang juga yang masih sedarjat dengan Abah, sekadar memegang status kuli...

Bermula ceritanya apabila abah ‘add as friend’ mereka di FB...

Positif... Hampir semua kawan ‘confirm!’. Begitu teruja dan ghairah abah untuk bertanya khabar setelah sekian lama tidak berhubung. Soalan abah berbentuk tidak formal dan gurauan semata-mata. Abah masih menganggap suasana sama seperti dahulu.

Malangnya kawan baik yang abah teringin sangat nak berhubung semula tidak pun mengidam untuk berjumpa kita. Sahabat sudah tidak kenal sahabat. Kawan sudah tidak mahu berkawan. Salam dihulur tidak bersambut.

Bukan abah ingin mengambil peluang atau kesempatan di atas kemewahan dan ketinggian status mereka. Apatah lagi menumpang glamer di atas kemasyhuran dan keagungan nama mereka. Salahkah sekadar untuk menyebarkan salam. Setidak-tidaknya dapat kita saling ingat-mengingati, nasihat-menasihati ke arah kebaikan dan kebenaran. Bermaaf-maafan sekiranya ada kesalahan.

Kita bukannya muda lagi... Semuanya sudah berada di ambang stesen yang terakhir.

Abah tidak mahu mencari musuh. Biarlah abah berkawan dengan sahabat yang mengerti. Mungkin dia seorang yang tidak ternama dan tidak berpangkat di kalangan yang banyak. Tetapi mashyur di kalangan hamba-hamba yang mengabdikan diri kepada-Nya. -stesen aman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan