Rizab antarabangsa Bank Negara RM314.2 bilion
2010/05/21
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM314.2 bilion atau bersamaan dengan AS$96.1 bilion sehingga 14 Mei lalu.Kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan 4.4 kali hutang luar jangka pendek.
Selain rizab antarabangsa, aset lain BNM termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.658 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM13.816 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM12.526 bilion) dan aset lain (RM6.709 bilion).
Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), dana rizab am (RM13.478 bilion), rizab lain (RM14.705 bilion), mata wang edaran (RM51.194 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM170.516 bilion), deposit dengan Kerajaan Persekutuan (RM12.166), deposit lain (RM1.269 bilion), kertas Bank Negara (RM63.141 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM6.656 bilion) dan liabiliti lain (RM16.732 bilion). - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan