Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Jumaat, 28 Mei 2010

Kapitalis takutkan dengan Kejatuhan ekonomi, lalu RAKYAT disuruh korban

Kalau BN tak mampu, serah pada PR
Mutaligat

Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Subsidi kini merupakan 54 peratus daripada KDNK negara.

Nampaknya menteri BN pula mendoktrinkan pemikiran rakyat supaya berkorban untuk negara dan bersetuju dengan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. Bila harga minyak naik maka harga barangan lain juga akan naik.

Idris dalam kenyataan jelas mengharapkan rakyat sanggup berkorban demi masa depan negara.

Bukan semudah itu untuk kerajaan BN menipu rakyat. Adakah pemimpin kerajaan pusat sekarang sudah habis ikhtiar sehingga sanggup membebankan rakyat. Bagaimana dengan perbelanjaan negara yang membazir, pemimpin BN yang membazirkan duit rakyat dengan projek-projek mewah, wang negara/rakyat yang tiris akibat rasuah dan sebagainya.

Inilah sikap pemimpin BN dari dahulu, kini dan mungkin selamanya di mana mereka akan menjadikan rakyat sebagai kambing hitam bila negara dalam kesusahan.

Tidak ada idea yang bernas dan baru yang dapat mereka fikirkan. Selain dari membebankan rakyat mereka sudah pasti akan mengintai duit dari sumber-sumber seperti Petronas, KWSP dan lain-lain untuk kegunaan tertentu.

"JIKA BN SUDAH TIDAK MAMPU UNTUK MENTADBIR NEGARA SERAHKAN SAHAJA TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA KEPADA PR."


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch