Sabtu, 22 Mei 2010

Kemelut ekonomi kapitalis, jangan kata ekonomi dalam keadaan bagus

Bursa Malaysia merudum ditutup rendah

Bharian
KUALA LUMPUR
: Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini lebih rendah, sejajar dengan bursa serantau yang lemah berikutan kebimbangan mengenai situasi ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur Bursa Malaysia FTSE (FBM KLCI), dalam jajaran sempit, mencecah tahap paling rendah lima bulan, didorong oleh kejatuhan pada CIMB Group dan Axiata Group.

FBM KLCI merosot 18.43 mata, atau 1.4 peratus untuk ditutup pada 1,285.73, berbanding paras paling rendah hari ini, 1,280.63.
Ia dibuka 13.65 mata lebih rendah pada 1,290.51.

Bursa tempatan didagangkan pada zon negatif bagi hari keenam berturut-turut, umumnya kerana kelemahan di pasaran antarabangsa.

Ketua Inter-Pacific Research, Anthony Dass, berkata pelabur mengambil petunjuk daripada pasaran serantau yang lemah, yang menyaksikan Indeks MSCI Asia Pasifik merosot kepada paras paling rendah sembilan bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan