Bukan Islam dijemput hadiri Muktamar PAS
Kelantan dijangka menjadi tuan rumah Muktamar Agung PAS ke-56 Jun ini dan buat pertama kali akan menjemput pemimpin bukan Islam menyertainya.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pendekatan baru itu bertujuan agar pemimpin bukan Islam mengetahui dengan jelas matlamat perjuangan PAS yang berasaskan ajaran Islam.
“Kita akan menjemput pemimpin bukan Islam seperti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kiri), Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen (kanan) dan beberapa pemimpin lagi supaya mereka turut mengulas dan memahami dengan jelas mengenai agama Islam seperti yang diperjuangkan oleh PAS,” katanya dalam kuliah Jumaat di Kota Baharu.
Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau juga akan menyediakan buku terjemahan daripada kitab tulisan ulama terkenal dunia Dr Yusoff Qardawi untuk penghayatan pemimpin bukan Islam.-Malaysiakini
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan