Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Isnin, 10 Mei 2010
Sketsa mesyuarat batal dan penangan teknologi
Sri Gading : Jumaat lepas, ana ditugaskan ke satu mesyuarat di Kg Baru Sri Gading, tetapi bila dah sampai di sana dimaklumkan bahawa mesyuarat dah kansel, kalau ikutkan hati memang sakit, maklumklah dari T6 di Kluang ke Parit Raja bukannya dekat...tapi demi perjuangan Islam, maka masalah ini tak menjadi pasal kepada ana untuk merungut.
Orang yang memanggil mesyuarat pula ada di situ dan minta maaf kepada ana kerana terlupa untuk memaklumkam pembatalan tersebut. Tak apa ana kata, lagipun dapat jumpa sahabat di sini sudah dikira baik, dah lama tak jumpa, niat bertemu dan berpisah kerana Allah jadi sandaran untuk menyejukkan hati.
Biasalah bila ada laptop masing-masing layan FB tapi yang tak berapa enak dengan teknologi ni ialah kita sudah hilang rasa santun, hormat dan meraikan orang lain, ana kat situ macam orang bodoh bila kita nak ajak berbual dan bertanya khabar pun dijawab dengan acuh-tak acuh, mata mereka terpaku pada skrin laptop. Macam dia sorang ada laptop!.
Masa kecil dulu kita diajar hormat tetamu khususnya orang tua, apabila mereka bertanya kita jawab dengan sopan dan cuba memberi perhatian. Tetapi ada juga kalangan kita bila di tempat orang bukan bertanya khabar tetapi sibuk cari majalah dan suratkhabar bawah meja tamu kononnya untuk dibaca. Ada juga yang mata tak lepas disibukkan dengan hiburan khususnya Astro. Hari ini, lebih dahsyat lagi, mereka sibuk layan SMS, bila kita tanya, macam orang terpinga-pinga kerana syok main SMS, dalam fikiran mereka berkata, peduli apa orang lain agaknya.
Inilah hakikatnya, sepatutnya teknologi tak mengabaikan akhlak dan peribadi muslim iaitu saling hormat, mesra rakyat dan bertegur sapa. Kalau saudara berada di tempat saya, apa perasaan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan