Hakim menghadap Sultan pastikan talak
2010/05/24
KOTA BHARU: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, di sini akan menghadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra bagi mendapatkan pengesahan baginda sendiri mengenai lafaz talak tiga yang didakwa dibuatnya terhadap isteri kedua, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, 31.Hakim Syarie, Abdullah Man, berkata tindakan itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat untuk mengesahkan lafaz talak cerai tiga itu.
Sementara itu, hasrat Cik Puan Elia Suhana untuk melawat Tuanku Ismail Petra yang gering di Istana Mahkota tidak kesampaian dalam cubaan keduanya semalam.
Lebih mengecewakan, beliau yang tiba sambil ditemani peguamnya, Fakhrul Azman jam 12.55 tengah hari, diarah berurusan menerusi pintu belakang Istana Mahkota. -Bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan