Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Selasa, 22 Jun 2010
Hero Melayu serang Polis Penjajah
MAT INDERA KETUAI SERANGAN KE ATAS BALAI POLIS BUKIT KEPUNG
Tahukah anda orang yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis British di Bukit Kepong ialah seorang melayu. Namun untuk mencetuskan perasaan marah orang melayu Zionis British telah mengatakan bahawa orang cina komunis yang menyerang balai polis tersebut.
Cerita temberang ini terus di panjangkan lagi oleh pemerintah hari ini dan terus di propagandakan dengan filem jins Samsudin "Bukit Kepong"
Muhammad Indera atau Mat Indra (tengah) dengan anggota seramai kira-kira 200 orang telah mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang hanya mempunyai 25 orang pada pukul 4.15 pagi 23 Februari 1950
Cerita temberang filem “Bukit Kepong..”
Cerita temberang ini terus dipanjangkan lagi oleh pemerintah hari ini dan terus di propagandakan dengan filem Jins Samsudin “Bukit Kepong”
Tulisan Wasiat Pejuang mengenai cerita seorang Melayu yang sebenarnya mengetuai serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong didalam tahun 1950 mengingatkan kembali kunjungan saya ke Bukit Kepong suatu ketika dahulu.
Pengambaraan filem arahan Jins Samsudin tersebut sedang dilakukan ketika itu. Saya sempat bertanya kepada seorang orang tua penduduk disitu mengenai sejarah serangan tersebut.
Orang tua tersebut juga menyalahkan pihak Komunis kerana menyerang Balai Polis itu tetapi yang menariknya beliau juga turut menceritakan Balai Polis itu diserang ketika anggota-anggota polis yang bertugas di situ sedang ayik bermain judi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan