Israel Akan Serang GAZA Tak Lama Lagi - Ahmadinejad
TEHRAN: Presiden Mahmoud Ahmadinejad berkata Iran memiki maklumat tepat mengenai rancangan Israel melancarkan "serangan besar-besaran" terhadap Gaza selepas serangan maut terhadap konvoi kapal bantuan kemanusiaan semalam yang mengorbankan beberapa sukarelawan.
"Kami mempunyai maklumat tepat ia merancang serangan besar-besaran terhadap Gaza bagi membalas dendam terhadap kekalahan lalu.
"Saya memberi amaran bahawa jika kali ini anda melakukan jenayah terhadap terhadap Gaza, taufan kemarahan negara rantau akan mencabut anda," kata Ahmadinejad dalam ucapan umum di bandaraya Ilam di barat Iran yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen negara itu.
Pemimpin yang tegas mengecam Israel itu juga mengutuk negara yang disifatkan beliau sebagai "menyokong rejim Zionis".
"Kali ini jika anda menyokong jenayah rejim Zionis, kemarahan negara rantau ini tidak akan hanya terhad kepada sempadan Palestin tetapi akan mengheret anda dan rakan subahat ke muka pengadilan," katanya sambil disambut sorakan hadirin.
Ahmadinejad juga mengecam Washington kerana mengambil "pendirian lemah" terhadap Israel berhubung serangan maut terhadap konvoi kapal misi kemanusiaan ke Gaza semalam.
"Kerajaan AS mengambil pendirian yang lemah dan berat sebelah," katanya. – AFP
Ini pula berita dari akhbar Indonesia..bukti bahawa Israel dah rancang nak bunuh anngota misi kemanusian Gaza, bukannya pertahankan diri kononnya diserang aktivis kemanusian dengan senjata tajam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan