JOHOR BAHRU: Beberapa kawasan di Bandaraya Johor Baharu dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama dua jam sejak 4 petang semalam.
Kawasan yang terjejas termasuk Wisma Persekutuan dan beberapa bangunan di Jalan Ayer Molek seperti Menara Tabung Haji dan Kompleks Mahkamah Johor Baharu. Selain di kawasan bandar raya Johor Baharu, banjir kilat turut berlaku di Masai yang teruk dilanda banjir kilat itu di mana air naik sehingga paras pinggang.
Pada saya, banjir ini bukan berlaku sekali, malah beberapa hari dengan keadaan cuaca sekarang. Ini akan menyebabkan kesesakan lalulintas. Satu lagi, kepada staf dan pengunjung di Wisma Persekutuan dan yang berhampiran, kenalah cepat mengalihkan kenderaan kalau hujan, jangan tunggu sampai air dah naik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan