LONDON: Kemungkinan kereta hitam terbabit dalam kemalangan adalah 47 peratus lebih tinggi berbanding kereta warna lain.
Kajian yang dijalankan membabitkan kemalangan sepanjang 20 tahun lalu mendapati, pendedahan terhadap bahaya adalah lebih tinggi ketika berada dalam kereta hitam sementara putih, warna keemasan dan kuning adalah paling selamat.Penyelidik dari Universiti Monash di Melbourne itu berkata, ada beberapa warna yang menjejaskan pemandangan terhadap kereta ketika di jalan raya. Menurut mereka, kereta hitam tidak menyerlah pada warna latar jalan raya, pemandangan sekitar dan trafik lain, lapor akhbar Daily Mail.
Begitu juga dengan kereta berwarna kelabu, merah dan biru. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan