Jumaat, 4 Jun 2010

Kurangnya bekalan gula tanda gula akan naik harga

Bawa kad jemputan kahwin untuk beli gula
Jun 3, 10 5:04pm
Nak buat kenduri kahwin tapi bimbang tak cukup gula? Jangan khuatir.

Setidak-tidaknya di Terengganu, gula yang diperlukan boleh dibeli di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di seluruh negeri dengan syarat anda perlu tunjukkan kad jemputan kahwin.

"Kita minta bawalah kad jemputan, bukan sebagai bukti tetapi kita ingin tahu bila dan berapa banyak gula yang diperlukan untuk majlis itu, senang untuk kita agihkan kerana kita jangkakan ramai yang akan adakan kenduri sepanjang cuti sekolah ini," kata Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNKK negeri, Abdul Ghani Harun kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

Menurut beliau, peniaga yang ingin mendapatkan bekalan bahan berkenaan pula boleh mengemukakan lesen perniagaan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan