Jumaat, 25 Jun 2010

Lagi kes bunuh. Kementerian Pertahanan mesti jawab segera

Jenazah pelajar RMC yang didera dikebumikan

Jenazah pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang meninggal dunia awal pagi semalam dipercayai dibuli dan didera pelajar senior maktab itu, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong di Baling, malam semalam.

azlanJenazah pelajar itu tiba di rumah keluarga bapanya di Kampung Baru jam 8.15 malam semalam dari Pulau Pinang dan dikebumikan pada pukul 9.15 malam.

Urusan sembahyang jenazah dilakukan di rumah keluarga berkenaan.

Ibu mangsa Fauziah Abd Wahab, 45, beberapa kali pengsan sebaik mayat anak sulung dari tiga beradik itu tiba dengan van jenazah di rumah mereka.

Sementara itu, bapa saudara pelajar berkenaan, Fadzil Ismail, 41, ketika ditemui media berkata keluarga mereka menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

Beliau yang bercakap bagi pihak keluarga berkenaan berkata mereka tidak dimaklumkan kejadian sebenar yang berlaku terhadap Mohammad Naim.

"Kami tidak mahu membuat sebarang andaian, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk bertindak dan menyiasat apa yang berlaku," katanya.- Bernama

1 ulasan:

  1. memang sial askar ni, makan gaji buta je engkorang, tapi tak buat kerja

    BalasPadam