Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Selasa, 15 Jun 2010
Musafir ke Kelantan serambi Mekah
10 Jun....12.00 tengahari...memulakan perjalanan untuk ke Kelantan pula...terasa hati ini melonjak-lonjak untuk ke Muktamar PAS (11-13 Jun) di PUTIK...rasa seronok kerana "sambil menyelam minum air"...singgah di Chendor ,Cherating (rumah Kanda Akil)...sekadar untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan....
11 Jun...seawal 4.15 pagi memulakan perjalanan..bimbang ketinggalan ucapan dasar Tuan Presiden....singgah di Masjid (RANTAU ABANG) untuk solat subuh....dan Kuala Terengganu untuk bersarapan...singgah lagi di Masjid Anak Ikan (Setiu)...anak bujangku...nak bersiram....
Perjalanan diteruskan..masuk saja sempadan Kelantan jalan sudah sesak dan jem, kalau bukan kerana nak ke muktamar dan melihat sendiri wajah Tok Guru, rasanya tak mau pergi ke Kelantan...Alhamdulillah sampai di PUTIK jam 10.55 pagi...sayangnya...ucapan dasar..sekadar didengar...hanya 5 minit sahaja...dan sayang sekali ...tidak dapat untuk masuk ke dewan sebagai kerana dah penuh....apakan daya....tiba-tiba perut kami terasa lapar...ke Gerai Abang Mat..menikmati mee hon soup utara.
Seusai makan ....merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada anak bujangku...panas badannya..."demam"...macamana?? baru sampai ...penat belum hilang...terasa sayang nak meninggalkan gelenggang MUKTAMAR yang berlangsung setahun sekali....pada tahun 2009...jadi PERWAKILAN...di Shah Alam...3 hari..kami jadikan STADIUM MALAWATI sebagai "rumah kedua"kami...seronok...
suhu badan bujang kecilku masih terasa panas (dedar)... namun kami teruskan juga...hingga jam 2.30 petang...namun bujang kecilku...sudah tidak tahan..dan suhu badannya...pun agak panas...apakan daya kami perlu beredar dari MUKTAMAR dan akan meneruskan perjalanan....singgah sebentar untuk solat di Masjid Kubang Kerian...hampir 2 jam berehat ...kami memutuskan untuk pulang..
Walaupun terkilan...tidak dapat meneruskan...mengikut MUKTAMAR pada kali ini...insya'Allah tahun depan kami akan meneruskan misi kami...sama-sama berada di dalam DEWAN mengikuti setiap perbahasan waima majlis penutupan...satu pengalaman yang tidak dapat kita ikuti diluar sana.
Singgah semula di rumah Kanda Akil..tepat jam 12.00 malam kami sampai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan