Sabtu, 5 Jun 2010

Nota klinilal dan bahan spesimen tiga doktor dikehendaki

Dr Wells: Tugas terhalang tanpa dokumen dipohon, tuduhan tanpa bukti dokumen untuk dirujuk peguambela


Pihak pembela kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat permohonan untuk memperolehi semua nota klinikal, laporan, bahan, spesimen dan nota lain yang disiapkan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mereka juga mahu mendapatkan sejarah perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dilihat Anwar, yang dikompilasi sepanjang pemeriksaan dijalankan ke atasnya di hospital berkenaan.

Selain itu, pihak peguambela mahu pihak pendakwa menyerahkan peralatan standard serangan seksual dan peralatan yang digunakan dalam pemeriksaan tersebut.

Pihak pembela juga ingin mengetahui kelayakan dan pengalaman tiga doktor yang memerika Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Ini ekoran tindakan Ketua Pembangkang itu memfailkan permohonan pagi ini bagi memperolehi dokumen-dokumen berkenaan.

Alasan yang dikemukakan ialah pakar forensik Australia Dr David Wells (kanan) mengadu beliau tidak akan dapat memberi nasihat kepada pasukan pembela, kecuali beliau memperolehi dokumen-dokumen berkenaan.

Dalam afidavit menyokong permohonan tersebut, Dr Wells yang juga profesor di Institut Perubatan Forensik Victoria berkata, kemampuannya untuk menasihati pihak pembela amat terhalang kerana ketiadaan dokumen-dokumen berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan