Jumaat, 25 Jun 2010

Pasar mana jual ayam RM4 sekilo dato?


Orang ramai tetap membeli ayam di Pasar Keramat, Kuala Lumpur semalam walaupun terpaksa berdepan dengan harga yang tinggi.kalau betul melebihi harga syiling kenapa tak tangkap dan penjarakan. Siapa keluarkan lesen kalau bukan kerajaan. Jangan bebankan rakyat dato.


KUALA LUMPUR - Pengguna mungkin terus terbeban untuk membeli ayam pada harga yang jauh lebih tinggi pada masa depan selagi harga siling ayam tidak dihapuskan.

Ini kerana sejak penetapan harga siling dilaksanakan, kerajaan mendapati segelintir peniaga terus menggunakan kaedah itu untuk memanipulasi harga ayam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini, kerajaan menetapkan harga siling ayam sekitar RM7 sekilogram.

Namun, masih juga wujud segelintir peniaga mengaut keuntungan dengan meletakkan harga melebihi paras tersebut meskipun harga pasaran sebenarnya jauh lebih rendah.

"Ini bukan perkara baru, sudah kerap sangat berlaku. Masa kita tetapkan harga siling, ada peniaga jual ayam pada harga jauh lebih mahal.

"Hakikatnya harga sebenar lebih rendah... mungkin RM4, jadi tak guna kita letak ia sebagai barangan kawalan kerana ia hanya akan merugikan pengguna," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan