Isnin, 28 Jun 2010

Presiden miskin disukai RAKYAT




Presiden baru Uruguay, Jose Mujica mungkin menjadi salah seorang pemimpin paling miskin apabila beliau mengisytiharkan harta kekayaan miliknya ialah sebuah kereta Volkswagen Beetle.

Kereta itu berusia 23 tahun dan bernilai kira-kira AS$1,900 (RM6,220). Menurut deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan aset lain. Manakala sebuah ladang bunga yang kecil pula diletakkan atas nama isterinya.
Pendapatan yang dilaporkan dalam deklarasi itu hanya gajinya sebagai Presiden iaitu kira-kira AS$11,000 (RM36,014) sebulan.

Presiden tersebut memberikan 20 peratus daripada pendapatan bulanan itu kepada pergerakan politiknya.

Beliau yang berumur 75 tahun menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan. Inilah pemimpin yang disokong oleh rakyat Uruguay yang agak terkehadapan dalam sukan bolasepak.

Mereka benci pemimpin elit kapitalis yang boros dan tidak ragu-ragu dalam pilihanraya mereka memilih pemimpin yang sederhana sama taraf dan kufu dengan rakyat jelata.

GAMBAR fail pada 2009 menunjukkan Jose Mujica bekerja di ladang bunga milik isterinya sebelum menjadi Presiden Uruguay.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan