Khamis, 3 Jun 2010

Syahid menuju Gaza vs mati katak merempit di jalanraya


Alhamdulillah Wa Syukurillah......

Bersyukur kepada Allah SWT...hari ini apabila hadir ke sekolah bekalan eletrik telah pulih seperti sedia kala...dan malam ini ketika mendengar "BULETIN UTAMA"TV3...para sahabat yang di tahan oleh tentera ISRAEL@YAHUDI telah dibebaskan...Ustaz Hasanuddin (AQSA SYARIF),Dr.Selamat b.Aliman (JIM:Abang ipar kepada abang ipar) dan Saudara Jamulidin Alias(YAYASAN AMAL)...

Sesungguhnya tiada berita yang lebih menggembirakan bagi ahli keluarga..kecuali yang paling menggembirakan apabila "ketua keluarga" dan "bapa" serta "anak" telah dibebaskan...tiada ucapan yang paling berharga kecuali ucapan kesyukuran hanya kepada Allah ...Rab-ul-Jalil.

Tiada apa yang cedera..kecuali luka kecil akibat tindakan ganas dan kasar tentera Israel...betapa pun ...sesungguhnya ALLAH masih memberikan kita ruang dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan...walau tidak mencapai matlamat untuk meneruskan misi keamanan ini...namun ia akan terus menjadi catatan sejarah dalam memori "pejuang" konvoi LIFELINE4GAZA...

Mudah-mudahan perjuangan ini tidak akan menamatkan rasa keinsafan dan ketaqwaan terhadap ILLAHI...pastinya ada hikmah di atas segala apa yang berlaku....yang pastinya seluruh umat manusia ..bangkit menentang kezaliman tentera ISRAEL ini...

Dan semoga kami...yang tidak terpilih untuk menyertai misi LIFELINE4GAZA ini akan berkesempatan mengikuti konvoi keamanan ini....pada masa-masa akan datang..

Moga kita akan terus dikurniakan kecekalan dan ketabahan umpama anak-anak PALESTINE yang sentiasa "berjuang" dan "berjihad" mempertahankan bumi "AL-AQSA" dari dicerobohi....oleh kaum yang tidak layak menduduki Semenanjung GAZA,PALESTINE.

Mampukah kami memiliki kekentalan semangat jihad..warga PALESTIN...yang sentiasa mengharapkan "syahid"...

Malang di Malaysia

Malangnya di bumi Malaysia...tiada istilah "syahid"..tetapi "mati katak" akibat rempit,"mati terbujur" akibat di buang di jalanan,"mati tertiarap"akibat "terjun bangunan"...nauzubillah...

Jauhkan lah kami daripada mati dalam keadaan kesesatan....Ya!Allah. Mati mulia adalah mati syahid...mati hina...fikir-fikirkanlah.... - Mastura

4 ulasan:

  1. Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

    BalasPadam
  2. ana setuju dengan pasifist

    BalasPadam
  3. Halo saudara Hamdan bin Hj Basiran kiai Bersih anda adalah salah satu dari orang-orang terbaik yang terjadi dengan saya ketika saya melihat ini setelah saya Blog RSD dan saya ingin melihat ulasan anda pada artikel dari blog saya yang akan menyebar ke pembaca lain benar? Jangan lupa untuk menulis artikel dari blog saya dalam bahasa anda kerana saya akan mengakibatkan

    BalasPadam
  4. Maaf saya tidak memahami dengan baik perasaan orang-orangnya kerana saya berbakat dengan kebudayaan lain Brazil

    Saya menggunakan ruang untuk komen di blog anda Sembrong mengapa aku merasa bangga memiliki anda seterusnya hak RSD blog saya?

    Saya menunggu jawapan anda mengenai komentar ini

    Bahkan lebih

    BalasPadam