Kematian PTD: Pakatan desak latihan dibekukan |
Wakil rakyat muda Pakatan Rakyat menuntut kerajaan menjalankan siasatan secara "terbuka dan telus" ke atas kematian seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD) semasa latihan pada 31 Mei lalu. Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata pihak berwajib tiada pilihan selain "mendasari isu ini dengan teliti" dan menjamin tiada lagi kejadian seumpamanya berlaku. "Pihak berkenaan harus bekukan penglibatan peserta di dalam latihan seumpanaya sehingga ia disiasat sepenuhnya dengan yelus dan terbuka," kata Nurul Izzah yang membacakan satu kenyataan. "Sekiranya latihan dikendalikan oleh perunding, adakah perunding ini mempunyai latar belakang profesional," soalnya. Dalam insiden itu, mangsa Norhashimah Wahid, 31, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selepas mengikuti kursus ala komando di Jugra, Kuala Langat. Beliau yang berkhidmat dengan Kementerian Kewangan di Putrajaya, difahamkan mengikuti kursus Modul Jati Diri di sebuah kawasan hutan yang dikendalikan oleh Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU). Dalam sidang media itu juga, Nurul Izzah turut membangkit enam perkara utama berkaitan kematian Norhashimah iaitu: - Siapakah yang mengendalikan modul bina semangat berkenaan? - Apakah modul itu memenuhi piawaian keselamatan dan mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas berhubung keselamatan peserta? - Mengapakah allahyarham dipaksa meneruskan latihan fizikal tersebut sedangkan beliau sudahpun menunjukkan tanda-tanda sakit? - Apakah benar peserta terpaksa menggagahkan diri untuk meneruskan latihan tersebut kerana menerima ugutan bahawa mereka akan terpaksa mengulangi keseluruhan latihan selama tujuh bulan sekiranya mereka gagal menghabiskan latihan tersebut? - Mengapakah doktor yang merawat Norhashimah menyatakan allahyarham lewat dihantar ke hospital untuk menerima rawatan? |
Semua Pegawai Tentera ni memang buta perut, bodoh, bangang and bangsat macam babi, tau le engkorang tentera, jangan le nak tunjuk terror sangat kononnya engkorang ni dasyat, oi mangkuk, yang dilatih tu orang awam le, bukan askar yang engkorang boleh bodoh2kan macam lembu atau kaldai, engkorang latih orang awam, bukan nak bawa depa pi berperang, depa tu keje kat pejabat je, bangang betol le engkorang orang2 askar
BalasPadamBetul tu samurai68, tangkap dan bawa ke muka pengadilan jer...
BalasPadam