Khamis, 1 Julai 2010

Al Fatihah buat Ustaz Maeraj AJK Dewan Ulama PAS Johor

Al-Fatihah kepada Allahyarham Ustas Maeraj Bin Patani yang telah kembali Rahmatullah

Kita sayangi beliau.. tetapi Allah lebih mengasihinya.

Dikhabarkan meninggal pada pukul 10.45 pagi 29 Jun 2010 bersamaan 16 Rejab 1431 hari Selasa dan dikebumikan selepas Asar.

Semoga rohnya sentiasa mendapat Rahmat Ilahi dan tergolong bersama-sama tetamu Allah yang mendapat keampunan Allah.

Beliau adalah AJK Dewan Ulama PAS Negeri Johor. Pernah menjadi calon PAS dalam beberapa kali Pilihanraya Umum.

Walaupun belum pernah memenangi kerusi ADUN atau Parlimen tetapi jasa dan pengaruh almarhum secara umummya dalam masyarakat amat besar lebih-lebih lagi peranannya dalam Jemaah PAS yang merupakan golongan ulamak senior yang aktif dalam PAS Johor.

Moga Allah SWT memberi kemenangan mutlak di akhirat kepada Almarhum. Di sini,PAS Kawasan Sembrong mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahziah kepada keluarga almarhum. Al fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan