Lakukan 10 Perkara tanda kasih sayang anda kepada kedua ibu bapa
Hak yang harus dilaksanakan oleh anak terhadap ibu dan ayah ada sepuluh iaitu:
* Jika orang tua berhajat kepada makan harus diberi makan
* Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian. Rasulullah s.a.w. ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi): “Wa sha hib huma fiddunnya ma’rufa. (Yang bermaksud): “Bantulah kedua orang tua didunia dengan baik, yakni supaya diberi makan jika lapar dan pakaian jika tidak berpakaian.
* Jika berhajat bantuan harus dibantu
* Menyambut panggilannya
* Mentaati semua perintahnya asalakn tidak menyuruh berbuat maksiat dan ghibah (Kasari orang)
* Jika berbicara kepada keduanya harus lunak, lemah lembut dan sopan
* Tidak boleh memanggil nama kecilnya (Jambal/ gelaran)
* Jika berjalan harus dibelakangnya
* Suka untuk orang tuanya apa yang ia suka bagi dirinya sendiri, dan membenci bagi keduanya apa yang tidak suka bagi dirinya sendiri
* Mendoakan keduanya supaya mendapat pengampunan Allah s.w.t. dan rahmatNya Sebagaimana doa Nabi Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. (Yang berbunyi): “Robbigh fir li waliwalidayya robbanagh fir li waliwalidayya wa lil muminin wal mu’minati yauma yaqumul hisab. (Yang bermaksud): “Ya Tuhan kami, ampunkan kami dan kedua ibu bapa kami dan semua kaum muslimin pada hari perhintungan hisab/hari kiamat.
Seorang sahabat berkata: “Tidak suka mendoakan kedua orang tua itu mungkin menyebabkan kesulitan penghidupan anak.” “Dan apakah mungkin memuaskan orang tua yang telah mati?” beliau ditanya. Jawabnya: ” Ya, dengan tiga macam iaitu:
* Dia sendiri menjadi orang soleh sebab menyenangkan kedua orang tuanya
* Menghubungi keluarga dan sahabat-sahabat kedua orang tuanya
* Membaca istighfar dan mendoakan serta bersedekah untuk kedua orang tuanya itu.
Sedutan daripada Kitab Tanbihul Ghafilin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan