Isnin, 12 Julai 2010

Kecoh kerana asyik ketua bhg saja bolot projek?

Foto : Seorang perwakilan bertindak cuba merampas mikrofon kerana dikatakan tidak berpuashati dengan kepimpinan ketua bahagian (baca sebenarnya marah tak dapat projek, projek dari majlis daerah dan kerajaan negeri dah langsung tak dapat sejak 2008 dah 2 tahun kekeringan duit, orang PAS dan pakatanlah yang sapu sebab mereka memerintah Kedah, projek kerajaan pusat pulak asyik ketua saja yang bolot, ini tak adil!)

MESYUARAT UMNO SG PETANI KECOH - Mkini

Persidangan perwakilan Umno bahagian Sungai Petani hari ini kecoh apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan ketua bahagian Ali Yahaya berucap di majlis perasmian.

Kekecohan hampir 45 minit itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku, apabila seorang anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yusuf Lazim bangun menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Ali dan mahu beliau melepaskan jawatan.

Keadaan bertambah kecoh apabila lebih ramai perwakilan bangun termasuk anggota Wanita meminta Ali berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara perwakilan dengan penyokong Ali.

Menurut Mohd Yusof, Ali tidak layak menjadi ketua bahagian kerana menimbulkan pelbagai kesulitan kepada kepimpinan parti termasuk tindakannya tidak disenangi banyak pihak dan agensi kerajaan.

Malah naib ketua bahagian, Datuk Firdaus Zakaria dan ketua Puteri Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof yang berada di atas pentas turut turun menyertai perwakilan meminta Ali berundur.

Bekas setiausaha Umno bahagian Sungai Petani, Mohd Akhir Shafie mendakwa lebih 60 peratus daripada perwakilan yang hadir mahu Ali melepaskan jawatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan