Assalamualaikum WBT jom ziarah blog bahasa melayu kami bagi memperolehi maklumat dan gambaran sebenar mengenai berbagai isu dan permasalahan di Dun Kahang dan Dun Paloh Kawasan Sembrong dalam daerah Kluang di Negeri Johor, Malaysia. Teras perjuangan kami adalah Islam adil untuk semua dan slogan kami ialah kita semua bersaudara...
Isnin, 26 Julai 2010
Keselamatan pelajar mesti diutamakan, jangan hilangkan kepercayaan masyarakat
Dikhabarkan kebakaran itu disebabkan oleh nyalaan ubat nyamuk, apapun ajal maut sudah ditakdirkan, takziah kepada keluarga mangsa, moga kembali rohnya bersama para syuhada dan mursalin. Al Fatihah.
Jalan Felcra
Batu 14
Hulu Langat
25 Jul 2010
2 pg
Saya mendapat panggilan mengenai kejadian ini kira-kira jam 2-30 pagi. Bagaimanapun, akibat keletihan sehari suntuk dengan pelbagai tugasan semalam, menyebabkan telefon bimbit yang berbunyi banyak kali, tidak kedengaran...
Akhirnya, jam 6 pagi tadi, baru saya baca sms sms mengenai kes ini, menyebabkan saya ke lokasi.
Seorang kanak-kanak maut dalam kebakaran ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Ubat nyamuk dipercayai punca menyebabkan kebakaran sebuah rumah banglo yang menjadi tempat penginapan 20 pelajar sebuah Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran awal pagi tadi.
Abdul Rahman Rosmadi, 7 tahun, gagal menyelamatkan diri setelah terperangkap di dalam bilik tidurnya.
Pusat Pengajian Hayatul Uloom ini menempatkan 20 pelajar berusia 7 hingga 18 tahun - sebuah pusat tahfiz Al Quran dan pengajian agama Islam.
Banglo ini dijadikan sebagai asrama dan bilik kuliah.
Kebakaran dipercayai bermula kira-kira jam 1-30 pagi, dan penghuni cuba memadamkannya, namun gagal.
Akhirnya, api merebak membakar keseluruhan bangunan ini, kecuali bahagian pentadbiran.
2 jentera bomba dari Pandan Indah dan Kajang menerima panggilan 2-07 pagi tiba bersama 14 anggota- namun kebakaran telah membakar hampir semuanya.
Pemeriksaan lanjut kemudian menemui mayat Abdul Rahman di dalam sebuah bilik.
Menurut Mudir pusat pengajian ini, Dr Shahrir Hussin, pihaknya menyerahkan kepada polis dan bomba melakukan siasatan lanjut.
Bagaimanapun menurutnya, bangunannya mempunyai kelulusan dari pihak bomba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan