Khamis, 1 Julai 2010

Luahan hati anak peneroka dalam FB


Mohd Fauzi Sahat

SALAM SEJAHTERA - Kepada genarasi Felda kedua felda yang telah berjaya, pandang sikit kebelakang kerana masih ramai lagi di antara mereka yang tercicir.

Mereka inilah yang sepatutnya dibela oleh Felda dan bukannya orang di luar sana. Lihatlah betapa ramainya doktor2 yang merawat diri sendiri dengan jarum heroin di rancangan felda tu. Statistik tidak pernah didedahkan mungkin kerana sangat menakutkan.

Felda sepatutnya bertindak seperti MARA dengan m...embeli bangunan-bangunan atau membina bangunan2 kedai di bandar2 besar dan menyewakannya kepada anak2 peneroka supaya mereka boleh berniaga di bandar2 besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Penang.

Felda juga seharusnya menarik pelabur asing membina kilang2 eletronik, kelapa sawit, pembuatan industri DLL ke rancangan2 gugusan supaya anak-anak peneroka mendapat peluang pekerjaan. Ini boleh menghindarkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial yang menular ke rancangan2 felda.

Felda harus memberikan subsidi perumahan kepada peneroka yang kurang berkemampuan agar mereka dapat hidup lebih selesa di rancangan2 felda. Sistem pajakan kebun boleh dilaksanakan untuk tujuan ini.

Felda juga boleh melaksanakan sistem pakej haji peneroka felda supaya mereka dapat mengerjakan haji atau umrah dengan memberikan sistem pakej kepada golongan peneroka yang ramai supaya tambang haja/umrah boleh di kurangkan.

Felda boleh membeli apartment untuk peneroka2 yang megerjakan haji di Mekah supaya peneroka2 tidak terbeban dengan sewaan yang dikenakan oleh syarikat swasta.

Akhirnya FELDA sepatutnya bertindak seperti koperasi yang menjaga kebajikan ahlinya yang terdiri daripada peneroka2 felda.

Fikir-fikirkanlah wahai anak2 peneroka........ marilah kita sama-sama bangunkan masyarakat Felda kita supaya disegani oleh orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan