"Saya cuma lempang dia dua kali sahaja. Mana boleh sakit. Saya bukan sebat dia macam di penjara," begitulah jawapan Cikgu Rasid apabila ditanya oleh guru besar.
"Macamana cikgu kata tak sakit, sedangkan dia menangis terisak-isak dan saya nampak kesan bekas lima jari di pipinya," balas Cikgu Yusof, guru besar yang sedang menyiasat.
"Cikgu saya kata dia tak sakit, tak sakit lah. Apa cikgu banyak cakap sangat. Lagi sekali saya katakan hukuman sebat di penjara lagi sakit dan menyakitkan" suara Cikgu Rasid agak tinggi.
"Cikgu, ini sudah kali kelima atau keenam cikgu lempang budak-budak. Setiap kali ada komplen dari waris dan bila saya tanya kenapa cikgu lempang. Jawapan cikgu tetap sama. Mana boleh sakit, saya hanya lempang, di penjara kena hukuman sebat. Saya pun tak faham dengan jawapan cikgu ni," kali ini Cikgu Yusof, mula berleter.
"Saya belajar dari pemimpin kita la cikgu. Cikgu takkan tak baca surat khabar. Tengok apa kata pemimpin kita bila setiap kali harga minyak atau harga barang naik. Pemimpim kita selalu kata, kenaikan ini tidak membebankan, dan harga di negara jiran lagi tinggi. Jadi jawapan saya pun samalah cikgu. Kenapa cikgu boleh terima jawapan pemimpin bila harga barang naik, tetapi cikgu tak mau terima jawapan saya," keras suaranya menyindir guru besar.
Guru besar, ???? garu ketiak busuknya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan