Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Selasa, 13 Julai 2010

Melayu kena tipu dengan Melayu Umno di Penang

Asal ada masalah mengenai melayu di Penang mesti nak salahkan cina DAP, padahal yang salah adalah pemimpin kapitalis umno yang empunya tanah dan berhasrat merobohkan rumah orang kampung kununnya atas alasan untuk dimajukan.

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak ada kuasa untuk meroboh perkampungan Melayu di negeri itu kerana banyak tanah perkampungan Melayu adalah milik individu dan bukan kerajaan negeri.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tidak boleh campur tangan, jika pemilik tanah persendirian mahu memajukan tanah mereka.

Bagaimanapun katanya, jika mereka tidak berpuas hati, mereka boleh membawa perkara ini ke mahkamah. Kerajaan negeri pernah menghalang Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) meroboh perkampungan orang Melayu di Tanjung Tokong.

“Tetapi kerana UDA nak majukan dengan projek kondominium, orang Melayu terpaksa keluar kerana tidak mampu membeli unit-unit kondominium tersebut," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Lim menjelaskan, “kerajaan negeri boleh halang UDA kerana sebahagian tanah di situ milik kerajaan negeri. Tetapi saya nak tanya yang nak ambil tanah itu kerajaan negeri atau UDA kerana UDA adalah sebuah agensi milik kerajaan pusat,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan negeri sedang membangunkan tapak tanah perkampungan Melayu di negeri itu dengan tujuan supaya orang Melayu keluar dari kampung mereka.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, Umno dan Gerakan perlu membuktikan dakwaan bahawa kerajaan negeri sengaja mahu memusnahkan perkampungan Melayu.

"Ini wayang sahaja, ini kenyataan politik untuk kepentingan politik sendiri,” sindir beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch